February 23, 2007

DAKU PENYENDIRI

Daku penyendiri di tengah ini riuh dunia
Kerana ingin kuubati lara jiwa
Menghadap segala pura

Setelah berabad aku memendam durja

Biarkan aku di sini
Menghadapi sunyiku sendiri

Dan jika sekali kita bersapa
Maafkan daku
Jika kubalas dengan senyum cuma
Tanpa kata dan makna

Kerana kutakut jika berkata
Mengguris pemilik jiwa
Ketika segala kata
Menjadi api dan senjata
Di bibir pemburu hasad
Dan pembiak prasangka

Biarkan daku sendiri di sini
Menghadap segala sepi
Kerana daku insan pencari
Makna setia yang abadi

Februari 24, 2007